Mereka yang Prihatin:

Friday, May 21, 2010

Cinta di Langit Gaza


Alhamdulillah, usai solat Jumaat di Masjid Taman Medan, ada announcement dari seorang Ustaz, katanya beliau ada menjual novel nukilan beliau yang baru pada Ringgit Malaysia 10.

Tanpa membuang masa, aku terus bergegas ke tempat yang beliau katakan iaitu di pondok rehat hadapan masjid. Keadaan ketika itu agak crowd kerana jemaah baru siap2 solat & tak kurang juga yang mengerumuni pondok tersebut.

Agak bertuah dirasakan apabila hampir 5 minit berhimpit-himpit dengan jemaah lain, at last novel yang dikatakan oleh Ustaz tersebut berada dalam tangan aku, berjudul Cinta di Langit Gaza, karangan Riduan Mohamad Nor.

Atas keberkatan menghadiri jemaah solat kat masjid ni, novel yang sepatutnya dijual RM20 di pasaran aku beli dengan harga RM10...

Serba sedikit sinopsis dari novel ini [aku baru je baca mukaddimah]:

~"Cinta, sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia. Ianya klise yang sentiasa diulang & diperdagang, cinta akan membawa pemiliknya berusaha & berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya.
Buku ini yang diletakkan tajuk Cinta dilangit Gaza, bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya [Ustaz Riduan], kehadiran di bumi Isra' itu sangat meruntun jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Secara jujur rasa cinta pada bumi rebutan itu telah menyelinap urat daran dan dalam denyut nadi saya [Ustaz Riduan], cinta menyebabkan kita merasa rindu. 
Merindui sebuah kebebasan kepada Al Quds, kiblat pertama umat Islam, juga kerinduan hidup dibawah Syariat Islam.
Saya [Ustaz Riduan] jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang dengan agama, terutama akhlak para pejuang yang bergabung dalam HAMAS.
Terbit daripada perasaan cinta yang halus ini saya meninta sketsa pengalaman yang paling berharga, untuk berbahagi dengan anda semua."~

Buku yang diterbitkan oleh JUNDI RESOURCES pada Mac 2010 ini masih lagi baru di pasaran...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails