Mereka yang Prihatin:

Friday, June 11, 2010

those eyes...













Tukarkan penggunaan Istilah SEMBAHYANG kepada SOLAT!

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Saturday, June 5, 2010

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut 

"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" 
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, 
Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, 
semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini: 

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
 ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
 kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
 
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
 kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
 
4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
 makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
 
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
 jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
 
6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
 kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
 
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....
 

AMINnnnn.
 

Friday, June 4, 2010

Pelangi Oh Pelangi...

Semalam petang lepas aku berkebun, on the way balik rumah tu, kat JB hujan...
aku ternampaklah pelangi nan indah kak langit...

Cantik~~

tetibe terpikir kan, pelangi tu kan terbentuk dari hasil pembiasan cahaya matahari keatas rintik2 hujan...
pembiasan yang menghasilkan beberapa alis warna iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo & ungu...
tapi camane la kan, pembiasan tersebut boleh membetuk pelangi dalam satu garisan melengkung yang selari...
sedangkan rintik2 hujan tu punyer la bertabur kat langit...

~Maha Suci Ciptaan Allah...~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails