Mereka yang Prihatin:

Saturday, June 6, 2009

siapakah kita?

siapakah orang yg sombong?
orang yg sombong adalah orang yg diberi penghidupan tapi tak mahu sujud pada yg menjadikan kehidupan, iaitu Allah Rabbul Alamin, Tuhan sekalian alam.
maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi & langit pada Tuhan kecuali jin & manusia yg sombong diri.

siapakah orang yg telah mati hatinya?
orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran, Hadith & cerita-cerita kebaikan namun berasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

siapakah orang yg dungu kepala otaknya?
orang yg dungu kepala otaknya adalah orang yg tak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu & sering berasa tenang dengan kemaksiatannya.

siapakah orang yg kuat?
orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

siapakah orang yg lemah?
orang yg lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

siapakah orang yg bakhil?
orang yg bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w..

siapakah orang yg buta?
orang yg buta adalah orang yg tak mahu membaca & meneliti akan kebesaran al-Quran & tak mahu mengambil pengajaran daripadanya.

siapakah orang yg tuli?
orang yg tuli adalah orang yg diberi nasihat & pengajaran yg baik namun tak diendahkannya.

siapakah orang yg sibuk?
orang yg sibuk adalah orang yg tak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..

siapakah orang yg manis senyumannya?
orang yg mempunyai senyuman manis adalah orang yg ditimpa musibah lalu dia kata,
Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.
lalu sambil berkata,
Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanmMu ini,
sambil mengukir senyuman.

siapakah orang yg menangis air mata mutiara?
orang yg menangis air mata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersindiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan & menyesal akan dosa-dosanya, lalu mengalir air matanya.

siapakah orang yg kaya?
orang yg kaya adalah orang yg bersyukur dengan apa yg ada & tak tamak akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

siapakah orang yg miskin?
orang yg miskin adalah orang yg tak puas dengan nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

siapakah orang yg pandai?
orang yg pandai adalah orang yg bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

siapakah orang yg bodoh?
orang yg bodoh adalah orang yg beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedang akhiratnya diabaikan.

siapakah orang yg maju dalam hidupnya?
orang yg maju dalam hidupnya adalah orang-orang yg senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

siapakah orang yg mundur hidupnya?
orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tak mempedulikan akan halal & haramnya akan sesuatu perkara itu.

siapakah orang yg gila?
orang yg gila itu adalah orang yg tak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yg memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid & kedua ketika ia tak siuman akalnya.

siapakah orang yg rugi?
orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat & amal-amal kebaikan.

siapakah orang yg selalu ditipu?
orang yg selalu ditipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

siapakah orang yg paling cantik?
orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak mulia.

siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas?
orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi dihimpit?
orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

siapakah orang yg mempunyai akal?
orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yg menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails