Mereka yang Prihatin:

Tuesday, August 2, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

"nawaitu sauma rhadin an a'da'ie fardhu shahri ramdhana hazihis sanati lillahitaala" yang membawa maksud "sahaja aku berniat puasa pada esok hari di bulan Ramadhan kerana Allah Taala..."

alhamdulillah, tahun 2011 dapat kembali kita bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak... 

apa niatnya dengan ketibaan Ramadhan kini?

usia semakin meningkat, masih ada yang tidak memahami jiwa Ramadhan. ada yang mengerti perlu menahan lapar dahaga dari terbitnya fajar hingga la terbenamnya matahari... namun amal ibadat yang lain, terutama solat fardhu 5 waktu masih terkial-kial dibuat, ade pun yang masih melewatkannya...

bukan nak kata aku ni baik sangat, hanya insan biasa yang melihat bangsa Melayu beragama Islam melalui bulan Ramadhan sahaja... menilai orang lain demi diri sendiri, kelak yang lain pun akan perasan akannya...

1st day Ramadhan tahun ni jatuhnya pada hari Isnin, tapi yang sebenarnya bermula pada waktu Maghrib Ahad malam Isnin... namun dapat aku lihat pada hari ahad tersebut, masih ramai Umat Melayu yang berpusu ke wayang... mungkin ingin memenuhi hajatnya nonton wayang sebelum berpuasa, nak pulun habis-habisan sume movie yang ade... nak qada' siap2 untuk bulan puase ni... malam itu juga dapat aku dengari lagu2 melayu klasik 80an berkumandang di warong2 yang menyediakan kemudahan karaoke... Melayu juga yang melalak pada malam Ramadhan... ni kes nak qada' siap2 gak, maybe bulan puasa ni nak ngaji jer, x leh karok lagi...


apa yang betul2 kita fahami arti Ramadhan?

muhasabahkan diri, selami apa yang kita fahami arti Ramadhan itu pada kita sendiri... mungkin akan ade yang sedar akan makna kehidupan ini, kelahiran ini di dunia untuk apa jika selalu kita muhasabahkan diri, menilai apa yang kita ada dan sejauh mana penglibatan kita untuk memenuhi keperluan dunia & akhirat...

mungkin akan ada juga yang sedar, hakikatnya hanya sedar sahaja, mengubahnya kepada kebaikan mungkin berat baginya... take it slow, jika yakin masih ada mentari esok yang terbit dari timur, mungkin ada masa untuk kalian mengubahnya...

mungkin juga akan ada yang kenali Ramadhan dengan puasa sahaja, isi kandungan Ramadhan itu sendiri tidak diketahui... seperti yang pernah aku lihat, ade segelintir umat Melayu yang dengan beraninya menyumpah seranah tentang puasa, menahan lapar dahaga... kononnya ia ketinggalan zaman... dan pernah juga yang aku temui golongan yang menganggap merokok itu hanya makruh... WTF!!! jahil sungguh, namun hanya mampu aku teguri melalui doa dihati, dengan jelingan mata yang tajam... LOL!

fikir-fikirkanlah apa yang kita akan lakukan untuk Ramdhan ini...

sekian~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails