hari demi hari, usia kita semakin bertambah,
hari demi hari, waktu kita semakin bertambah,
hari demi hari, memori yang kita bina semakin bertambah,
hari demi hari, kenangan antara kita semakin bertambah,
hari demi hari, terlalu banyak yang ku fikirkan,
hari demi hari, tugasku semakin bertambah
hari demi hari, tanggungjawabku semakin berat,
hari demi hari, persoalan demi persoalan bermain difikiranku,
hari demi hari, aku dapat rasakan yang diriku telah membuat kesilapan, hari demi hari, aku dapat rasakan yang diriku sangat kejam,
hari demi hari, aku dapat rasakan terlalu banyak aku berbuat dosa, hari demi hari, aku dapat rasakan yang diriku ini sangat lemah,
mengapa?? kenapa?? sebab apa semua ini terjadi???
= semua ini terjadi ada sebabnya,
semua ini terjadi ada hikmahnya,
tapi sampai bila????
hari demi hari, samakin sayang,
hari demi hari, samakin rindu,
hari demi hari, semakin sukar untuk aku melepaskan,
hari demi hari, semakin banyak persoalan yang aku inginkan jawapannya,
andainya kau tahu apa yang aku inginkan,
andainya aku tahu apa yang kau inginkan,
tapi sayang,
sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui,
bila tiba waktu itu,
waktu yang aku nanti-nantikan,
kemungkinan aku kan terus berada di sisimu,
atau,
kemungkinan aku kan pergi....
bila tiba waktu itu,
aku terima jawapan darimu,
aku redha dengan jawapanmu,
aku pasrah dengan jawapan,
bila tiba waktu itu,
seandainya kau bukan milikku,
aku mendoakan kebahagianmu,
seandainya kau adalah milikku,
aku terima....
sesungguhnya,
seandainya waktu itu tiba, sebelum ianya patut tiba,
terimalah...,
kerana kemungkinan,
aku tidak mampu lagi untuk menunggu tibanya waktu itu...
aku hanyalah insan yang lemah,
aku tidak mampu untuk berkongsi kasih,
maafkan diriku kerana diriku ini telah menyanyangimu dengan ikhlas hatiku
Mereka yang Prihatin:
Saturday, April 9, 2011
Monday, March 28, 2011
tekanan demi tekanan!
terasa semakin lama semakin payah dengan life yg dihadapi.. Alangkah baiknya jika apa yang di rancang itu semuanya mengikut ketentuan yang dikehendaki.. Alangkah indahnya apa yang di lalui itu semua baik-baik belaka..
Apa yang perlu dilakukan dengan hempapan tekanan kehidupan?
Seandainya mampu membuat pilihan untuk ke sekian kalinya, mampukah aku mengelakkan tekanan yang sedia ada?
Apa yang perlu dilakukan dengan hempapan tekanan kehidupan?
Seandainya mampu membuat pilihan untuk ke sekian kalinya, mampukah aku mengelakkan tekanan yang sedia ada?
Friday, March 18, 2011
di tahun akhir
pejam celik pejam celik
x sangka rupernya aku dah masuk tahun akhir
degree pengurusan perniagaan, majoring koperasi
tapi
makin pelik la plop
makin masuk tahun akhir, makin hilang feel nak belajo
yang lagi pelikya
bukan aku sorang je
yang membuat pengakuan kat aku
Fad, Kak Kema.. pun agree dengan pendapat aku
ape kes?
nak cakap susun atur kelas, maybe salah satu punca la..
mane x nye, sehari 1 kelas jer, 3@4jam
len2 mase dipenuhi dengan tido, makan, men game,
bla bla bla...
lecturer?
yang ni aku setuju la
[lecturer tertentu la..]
macam ajar adik2 sekolah rendah jer
masuk2 kelas je terus wat lawak
uh!
pressure?
maybe..
life not that easy rite..
money, time, relationship..
combine sume jd PRESSURE..
MPP?
ni lagi la
dulu nak quit masa pencalonan, tapi ade orang suwo try dulu jer
dh try, makin x betul plop
bese la biler melayu wat keje, sume nak bagi last minute
~LOL~
~LOL~
macam nak give up jer
tapi masih ingat pesan bonda
"ngaji tu biar habis.."
UH!
lame dah aku x balik jenguk mak abah
kangen la plop...
tapi kekangan kuliah yang x menentu [sokmo nak wat kelas ganti..]
serta esemen2 yang belambak
umpama Gunung Ledang
memBLOCK nawaitu aku nak balik..
memang rindu giler nak balik uma
SERIOUSLY!
nak balik tapi kalo dapat stay 1 malam jer,
bek x payah balik
huhu~
Tuesday, March 15, 2011
Sedetik Lebih
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Friday, March 11, 2011
Thought For The Day
"Menjadi sebaik-baik hamba & khalifah,
bukan semudah memetik 2 jari..
itupun belum pasti bisa berbunyi..
Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan,
namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Allah..
Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan..
Kita kan khalifah,
mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah?
Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah..
Lalu,
haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba..?
Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!
Tangisan itu pasti tidak sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalan-Nya."
Subscribe to:
Posts (Atom)