hari demi hari, usia kita semakin bertambah,
hari demi hari, waktu kita semakin bertambah,
hari demi hari, memori yang kita bina semakin bertambah,
hari demi hari, kenangan antara kita semakin bertambah,
hari demi hari, terlalu banyak yang ku fikirkan,
hari demi hari, tugasku semakin bertambah
hari demi hari, tanggungjawabku semakin berat,
hari demi hari, persoalan demi persoalan bermain difikiranku,
hari demi hari, aku dapat rasakan yang diriku telah membuat kesilapan, hari demi hari, aku dapat rasakan yang diriku sangat kejam,
hari demi hari, aku dapat rasakan terlalu banyak aku berbuat dosa, hari demi hari, aku dapat rasakan yang diriku ini sangat lemah,
mengapa?? kenapa?? sebab apa semua ini terjadi???
= semua ini terjadi ada sebabnya,
semua ini terjadi ada hikmahnya,
tapi sampai bila????
hari demi hari, samakin sayang,
hari demi hari, samakin rindu,
hari demi hari, semakin sukar untuk aku melepaskan,
hari demi hari, semakin banyak persoalan yang aku inginkan jawapannya,
andainya kau tahu apa yang aku inginkan,
andainya aku tahu apa yang kau inginkan,
tapi sayang,
sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui,
bila tiba waktu itu,
waktu yang aku nanti-nantikan,
kemungkinan aku kan terus berada di sisimu,
atau,
kemungkinan aku kan pergi....
bila tiba waktu itu,
aku terima jawapan darimu,
aku redha dengan jawapanmu,
aku pasrah dengan jawapan,
bila tiba waktu itu,
seandainya kau bukan milikku,
aku mendoakan kebahagianmu,
seandainya kau adalah milikku,
aku terima....
sesungguhnya,
seandainya waktu itu tiba, sebelum ianya patut tiba,
terimalah...,
kerana kemungkinan,
aku tidak mampu lagi untuk menunggu tibanya waktu itu...
aku hanyalah insan yang lemah,
aku tidak mampu untuk berkongsi kasih,
maafkan diriku kerana diriku ini telah menyanyangimu dengan ikhlas hatiku
No comments:
Post a Comment