Pada Ahad lepas, 30-09-2012, sesampainya aku dari Selatan Tanah Ayer atas urusan Majlis Pernikahan abang sulongku, Mohd Fakrul Shahman Hj Abd Samad a.k.a. Along dengan pasangannya, Farah (tu je yang aku hapal name beliyau) pada hari semalamnya iaitu hari Sabtu di Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim,
makanya pada petang Ahad tu aku memulakan perjalanan ke Utarho Tanah Ayer plop atas urusan pengambilan jubah konvokesyen di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Jauh kan perjalanan aku, dr KL ke JB ke BP ke JB ke KL ke Alor Star ke Sintok... kuat kan merayap, HAHAHAHA
Tanx to Cik JR yang sudi menghabiskan masa menemani aku ke sane..
Subuh Isnin baru sampai Pekan Shahab Perdana Alor Star... Ketibaan kami disambuT riang oleh sahabat2 aku MKSyahir & Onie yang sampai jam 9.30pagi.. Nasib la sementara menunggu depa2 ni ade makcik sudi menjual nasi lemak kat kami ni ha untuk mengisi perut yang kelaparannya pun adoi...
Setibanya tenggiling MK Syahir maka kami bergerak ke Pekan Changlun untuk bertemu dengan Dato' Adzfar, manager Bank Rakyat Jitra (akan datang la...) dan seterusnya membuat payment di Bank CIMB kerana Bank Rakyat tak sponsor konvokesyen UUM, hahaha.
Nampak aje CIMB, terus aku melompat kua dari kete coz ade nampak sorang mamat ni, cam penah berkawan dengan beliyau suatu masa dolu2, memandangkan Cik JR pun cakap macam kenal itu orang, maka aku menghampiri beliyau & bertegur sapa. Alhamdulillah, beliyau masih mengingati aku coz semasa tengok raut wajah aku yg baby face ni, beliyau tersenyum sumbing. Betul la beliyau ni kawan sekolej mase kt IIC dolu2.
Dah besapa dengan kawan lame tu, aku pun masuk CIMB, dapat aje angka giliran, terus tunggu nak wat payment. Dalam otak masih memikirkan samada nak wat payment alumni untuk setahun or seumo idop. Kalo setahun 15 rial je, leh bayo pakai cash, kalo seumo idop bayo 105 rial, boleh swipe debit card.
Bile turn aku kat kaunter, Onie sebelum aku coz dia tuko no giliran dengan aku (hampeh), hati ni dah nekad nak swipe RM105.00, sekali mamat teller ni leh tersenyum tersipu malu plop seraya berkata "Bang, system hank, kene restart jap". Maleh nak menunggu so aku pun wat cash payment berjumlah RM15.00 jer...
Kua bank je, kelibat Adzfar a.k.a. Fad tengah posing maut kat tenggiling beliyau bersame Ahmad Fauzi a.k.a. Poji, bajet cute la tu. Pas bersalam, berlaga pipi, berpeluk bagai (gimik je tu) kami meneruskan perjalan ke UUM.
Fad menjadi tour guide kami sepanjang di sane, memandangkan beliyau ni banglong kawasan, bile dah masuk kawasan uni tu, siap selambe je wat jalan tu macam beliyau yang sponsor tar jalan, langgar arah jalan sambil menyalahkan kenderaan lain yang mengikut arah dengan betul. Hampir pusing pale ni nak cari jalan bile tenggiling2 kami berpusing-pusing di sekitar kawasan konvo kelak. Akhirnya, dengan restu Ilahi kami bertemu la dengan Dewan Tan Sri Osman (if x silap) tempat pengambilan jubah.
Punye la crowd manusia berpusu-pusu nak amik angka giliran pengambilan jubah, lagi dahsyat dari Dataran Maybank kat Bangsar nun. Selambe je aku potong Q coz yang lain dah amik dulu tak tunggu aku, sekali tengok giliran, beza dengan yang sekarang, 200++, mencanang la nak tunggunye.
Demi mengelakkan reformis Duduk & Tunggu mengamuk, kami pun mule la bersembang gambang, termasuk la bersapa manje dengan geng2 yang lain, Fitri & Ehsan, yang memang datang nak amik jubah sendirian. Perbualan kami semakin larut sehingga tak sedar yang panggilan angka giliran semakin depa semakin hampir, beza aku punye dalam 10 orang la dengan depa.
Bile angka giliran Habsah a.k.a. Ecah nak kene panggil je, tetiba kaunter no tu senyap. Tengok jam dah kul 1.00pm... dem~ time petugas rehat. Punye la berbulu tunggu kan, sekali nak dekat dengan turn kami, kaunter leh plop tutup. Ntah ape rahmat Ilahi, tetiba ade petugas kat dalam panggil Ecah, untong la beliyau kan, x payah tunggu sejam macam aku & Onie.
Santai di kalangan bakal graduan berbangsa Cina (this is not a racism), punye la hamis bau depa ni, lagi2 yang big guy sebelah Onie, tengik habis bau, siap beliyau ni kipas2 lagi bau tu kat kami. fuhhhhh~
Sabar menanti, akhirnya kaunter dibuka jam 2ptg. Onie plop problem, x bawa slip payment konvo, dah kene caru Bendahari UUM untuk dapatkan pengesahan.
Alhamdulillah, masa aku amik jubah, takde pape masalah berat yang timbul, hanya bertekak manje dengan petugas coz xnak bagi aku saiz S punye pasai. Aku redha & pasrah. Cik JR menanti di pintu kua ambilan jubah pasai xdop duit kecik nak beli beg konvo 5 rial, punye la berkire abang akak yg bertugas kat situ, x nak jual kat kami beg2 tersebut yang ade bermacam color, selonggok soploh rial. Kalo tak, leh wat koleksi beg2 tersebut kan dear (refer to Cik JR), sobs~
Dah selesai semua urusan, maka agenda kami diteruskan iaitu dengan melapangkan masa bersama, memandangkan amatlah susahnye pun bagi kami untuk ber-gather same, especially Back-Bunchers...
Trimas kepada kalian, Syahir Onie Fad & Pojie coz sudi lepak dengan aku lagi. See uolls soon on our convocation day OK.
No comments:
Post a Comment