Mereka yang Prihatin:

Wednesday, March 21, 2012

alcoholic?

@ masakan panas ala thai
 biaq betoi?
nampak cam Tiger Beer n Vodka dalam gelas bese je, background pun macam lepak kat warong je...

ketahuilah, dalam pic di atas yang aku snap ni bukannya minuman keras lagi mengharamkan..yang aku order kat "warong cepat" betempat berdekatan LRT Universiti itu hanyalah air Nes O Tarik & air suam saje...

lalala...

Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
haram tau minum arak. bukan setakat minum je, dari mula (punca) pembuatan arak tu lagi dah haram, tak kisah la kalo korang nak invest - dah banyak duit kan, even tak minum sekalipun, tetap haram...

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. al-Ma'idah:90
so kalo lalu federal hiway tu ade nampak kilang Carlsberg tu, niat dalam hati "Semoga tutup la kilang tu dan berhentilah umat dari meminmnya..."

p/s: Gantikan arak Carlsberg, Tiger Beer dan sebagainya dengan Nes O Tarik or Kopi O Tarik...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails