Siapakah Yakjuj & Makjuj dan Dari Manakah Asal Yakjuj dan Makjuj ini?
Salah
satu tanda besar sebelum datangnya hari qiamat adalah munculnya Yakjuj
dan Makjuj, sesungguhnya semua tanda-tanda kecil qiamat telah lengkap
sempurna dan Yakjuj dan Makjuj sehingga kini masih menjadi misteri bagi
sesetengah pihak, yang mana para pengkaji sejarah dan ulama sendiri
mempunyai pelbagai penafsiran tentang hal ini.
10 Tanda Besar Qiamat
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang
kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang
berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu
perbincangkan?”.
Kami menjawab:
“Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.
Lalu Nabi SAW bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.
Kemudian beliau menyebutkannya:
“ 1. Dhukan
(Asap: rujuk Surah ke-44, Ad Dhukan)
2. Al Massih Al Dajjal
(Fitnah
Akhir Zaman: Rujuk Surah ke-18, al Kahf ayat 1-10 sebagai
pelindung & kisah Nabi Musa a.s. dengan Nabi Khidir a.s. sebagai
pedoman untuk orang-orang Islam menilai sesuatu dengan mata hati bukan
mata luaran)
3. Dabbatul Ardhi
(binatang bercakap keluar dari Tanah berhampiran Bukit Shafa di Mekah)
4. Terbit matahari dari tempat tenggelamnya
(dari
Barat Ke Timur atau ada pendapat sesetengah ulama ia kaitan dgn Modern
Western Civilization iaitu "cahaya" kehidupan Barat diagungkan dan
menjadi ikutan seluruh manusia)
5. Turunnya Isa Ibnu Maryam a.s.
(pergolakkan
di Damascus, Syria terletaknya Masjid Umayyad : Menara Timur turunnya
Baginda berbaju kuning muda dari langit bersama dua malaikat sebelum
jemaah al Mahdi menunaikan solat subuh)
6. Yakjuj dan Makjuj
(Tamandun Caucasus)
7. Gempa bumi, sekali di Timur;
8. Sekali di Barat dan;
9. Ketiga di Semenanjung Arab
10. Api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (pergolakkan di Yamen)
(Hadis Riwayat Muslim)
Namum
bagi saya setiap persoalan ada jawapan kerana bagi umat Islam yang
mempercayai Rukun Iman yang ke-3 (Percaya kepada Kitab-kitabNya) dan
Rukun Iman yang ke-4 (Percaya kepada Rasul-rasulNya) adalah petunjuk
segala persoalan yang wujud dalam kehidupan dunia dan akhirat.
(rujukan 6 Rukun Iman : http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=5)
Dan Kami turunkan kepadamu (Nabi Muhammad) Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (16:89)
Yakjuj
& Makjuj dalam bahasa Arab dapat diterjemahkan melalui asal dari
perkataan “Aj” atau “Ajij”. “Ajij” yang membawa maksud api yang
membara dan “Ajja” bermaksud “Asra” iaitu membawa maksud dia bergerak
dengan pantas. Selain itu perkataan “Makjuj” juga dapat dilihat dalam
persamaannya dengan perkataan Arab iaitu “Maja” dan “Yamooj” yang
membawa maksud gelombang atau yang menyebarkan. Maka secara
keseluruhanya dapatlah kita simpulkan hubungan perkataan tersebut
sebagai “api yang membara” dan “untuk membesarkan dan menyebarkanya”.
Lalu memusnahkan segala yang berada di laluannya.
Yakjuj dan Makjuj adalah nama dua kaum besar anak cucu Nabi Adam a.s yang berasal dari keturunan Yafits bin Nabi Nuh a.s.
Dari Samurah bin Jundub r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam, Ham, dan Yafits."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)
Dari Samurah bin Jundub dan Imran bin Husain r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Putra Nuh ada tiga, iaitu Sam Abul Arab, Ham Abul Habasyah, dan Yafits Abur Rum."
(Hadis Riwayat Tabrani)
Para
ulama dan pengkaji sejarah menyatakan bahawa putra Nabi Nuh a.s. ada
tiga iaitu Sam, Ham, dan Yafits. Sam adalah bapak orang Arab, Persia,
dan Romawi. Ham adalah bapak kaum Habsyi, Negro, dan Naubah, manakala
Yafits adalah bapak kaum Turk, Slavia, dan Yakjuj Makjuj.
Abu Sa'id Al-Khudri mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Allah SWT berseru pada hari kiamat, wahai Adam, bangkitlah dan keluarkanlah utusan (penghuni) neraka."
Lalu Adam berkata,
"aku penuhi perintah-Mu dan segala kebaikan berada pada tangan-Mu, wahai Tuhanku siapa utusan penghuni neraka itu?"
Lalu Allah SWT menjawab,
"(iaitu) sebanyak 999 orang dari setiap 1000 orang"
maka
pada saat itu kanak-kanak menjadi beruban (kerana takut), kandungan
wanita yang hamil berguguran, dan kamu melihat manusia dalam keadaan
mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah SWT itu
sangat keras".
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Yakjuj
dan Makjuj ini mempunyai kaitan sejarah keturunan Nabi Nuh as. Saat
menjelang kewafatan, Nabi Nuh a.s memanggil anak-anaknya (Sam, Ham dan
Yafits) untuk menghadap beliau. Maka Sam segera datang menemuinya, namun
kedua saudaranya tidak muncul iaitu Ham dan Yafits. Akibat dari
ketidakpatuhan Ham dan Yafits, Allah SWT kemudian menurunkan bala kepada
mereka berdua. Yafits yang tidak datang kerana lebih memilih berdua
dengan isterinya (berhubungan suami isteri) kemudian melahirkan anak
bernama Sannaf. Kelak kemudian Sannaf melahirkan anak yang ganjil.
Dari Imran bin Hushain r.a., Rasulullah SAW bersabda:
"Dan
demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya bahawa kalian adalah
kilauan dua makhluk yang selalu berkembang jumlahnya iaitu Yakjuj dan
Makjuj yang berasal dari keturuan Adam keturunan Iblis"
(Hadis Riwayat Tarmidzi)
Dari Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda :
"Yakjuj
dan Makjuj berasal dari keturunan anak Adam, dan jika mereka diutus
kepada manusia pastilah mereka akan merosak kehidupan manusia dan tidak
seorang pun dari mereka yang mati kecuali ia telah meninggalkan jumlah
keturunannya mencapai 1000 lebih."
(Hadis Riwayat Ath-Thayalisi dalam Musnadnya).
Imam Thabrani menambahkan, dibelakang mereka terdapat tiga kelompok, iaitu Ta'wil, Maris, Mesekh."
Berdasarkan kepada kitab injil dan sejarah yahudi: Kronikal 1-5
Yakjuj
datang dari keturunan Ruben, manakala Makjuj datang daripada keturunan
Jefet, yang mana kedua-dua keturunan ini berasal daripada keturunan Nabi
Nuh as. Dalam bahasa Hebrew, Yakjuj dikenali sebagai “Melekh Eretz
Magog” yang bermaksud raja kepada tanah Makjuj. Manakala Makjuj dalam
bahasa Hebrew membawa maksud “daripada Gog”.
Gog di dalam
Injil ialah sama dengan Yakjuj yang dinyatakan di dalam al-Quran dan
selain itu Yakjuj dikatakan sebagai Ketua Negara Russia.Terdapat tiga
nama yang dinyatakan di dalam Injil iaitu ROSH atau Russia, MESHECH atau
Moscow dan TUBAL atau Tobalsk.