Mereka yang Prihatin:

Friday, December 28, 2012

TAKEN FROM SOMEWHERE


SAYU HATI BILE BACA ARTIKEL NI:
(cam nak nangis pn ade)


Isteri solehah~
Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..
dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"
selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

Thursday, December 27, 2012

KENALI TOKOH - taken from somewhere

Assalamualaikum

kali ni share siapakah tokoh-tokoh yang paling aku gemari.

taken from somewhere -

Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat . 
page 80, The 500 Most Influential Muslims

Monday, December 24, 2012

BANGKIT!



Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka
Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur
Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa
Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman
Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak
Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya

MATA KECILKU


Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian Kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang Kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
Kau masih sudi membuka mataku
Kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih Kau endah
Akan ku balas cintaMu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranMu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih Mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

Friday, November 2, 2012

BLOG BARU?

terasa seperti mahu membuat blog baru sahaja
pengkhususan dalam mengumpul pendapat dari serata kenalan dalam dan luar negara
berkaitan dengan isu2 semasa yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutamanya

mungkin ianya bertemakan persoalan2 yang akan diajukan kepada kenalan
persoalan yang boleh membangkitkan rasa tidak puas hati, pendapat2 dan pandangan2 potif serta negatif dari kalangan pembaca

kebiasaannya pembaca kurang dalam memberi pandangan bagi setiap post yang dibuat oleh blogger macam aku ni
almaklum la, aku ni bukan blogger yang aktif
post2 aku plop bukannya hebat2 belaka yang boleh wat pembaca gelak guling2

maka aku, dalam cadangan ini
ingin mengajukan persoalan yang hangat
dan bagi setiap komen yang didaftarkan pada post tersebut
pengomen tersebut akan menerima habuan wang tunai
berdasarkan kepada like & balasan komen tersebut yang mendapat sambutan hangat dari pembaca lainnya

tak salah rasenya aku nak invest sedikit amaun untuk mendapatkan pandangan bagi setiap soalan yang akan ajukan nanti.
lagipun pandangan yang paling tegar dari kalian akan aku bukukan
seterusnya akan disebarkan persoalan serta pandangan tersebut kepada rakyat Malaysia khususnya.

p/s: perlukah persoalan tersebut aku keluarkan dalam blog ni atau perlukah aku membuat blog baru?

Tuesday, October 9, 2012

Apps Cosmic Colony

Lately aku semakin busy & khusyuk dgn apps ni, dinamekan sebagai Cosmic Colony, apps ni terpaksa dibeli di market GooglePlay, tapi bagi sesape yg ade aplikasi BlackMart Alpha x jadi masalah kot nak amik apps ni secara percume...


at first, lepas dh install menatang ni, ade la tutorial yang diajar, care2 cane nak wat koloni, ade macam sim city gak la (bagi sape penah main menatang tu)...

JunAis Colony: koloni yg aku bina loni
Koloni aku dikenali sebagai koloni JunAis, cam sedap je kan bunyi tu, hahaha...level x payah cakap la, loni dh lebih 30, sedangkan EARL, computer player tu pun limit level dy 30 je, hahaha...


Dalam otak ni dah set setiap sejam setengah mesti mau tengok koloni, amik sume keuntungan perniagaan yang dijalankan di dalam koloni, visit online fren yang main game ni untuk kumpul reputation, senang la nak membesarkan kawasan if reputation top gile...

Spending gold lepas aku kumpul duit dari perniagaan2 yang dijalankan tu coz its better spending them rather keeping it...thats not a real money, but we can use it by expanding land, opening new business & so on...

Nak kate game ni melalaikan a.k.a. 'lagha' tu terpulang pade pendapat serta pandangan masing2, selagi kite tau tanggungjawab & melaksanakannya, ianya x jadi masalah pape pun...

Friday, October 5, 2012

Meredah Utarho Tanah Ayer

Salam..

Pada Ahad lepas, 30-09-2012, sesampainya aku dari Selatan Tanah Ayer atas urusan Majlis Pernikahan abang sulongku, Mohd Fakrul Shahman Hj Abd Samad a.k.a. Along dengan pasangannya, Farah (tu je yang aku hapal name beliyau) pada hari semalamnya iaitu hari Sabtu di Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim,
makanya pada petang Ahad tu aku memulakan perjalanan ke Utarho Tanah Ayer plop atas urusan pengambilan jubah konvokesyen di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Jauh kan perjalanan aku, dr KL ke JB ke BP ke JB ke KL ke Alor Star ke Sintok... kuat kan merayap, HAHAHAHA

Tanx to Cik JR yang sudi menghabiskan masa menemani aku ke sane..

Subuh Isnin baru sampai Pekan Shahab Perdana Alor Star... Ketibaan kami disambuT riang oleh sahabat2 aku MKSyahir & Onie yang sampai jam 9.30pagi.. Nasib la sementara menunggu depa2 ni ade makcik sudi menjual nasi lemak kat kami ni ha untuk mengisi perut yang kelaparannya pun adoi...


Setibanya tenggiling MK Syahir maka kami bergerak ke Pekan Changlun untuk bertemu dengan Dato' Adzfar, manager Bank Rakyat Jitra (akan datang la...) dan seterusnya membuat payment di Bank CIMB kerana Bank Rakyat tak sponsor konvokesyen UUM, hahaha.

Nampak aje CIMB, terus aku melompat kua dari kete coz ade nampak sorang mamat ni, cam penah berkawan dengan beliyau suatu masa dolu2, memandangkan Cik JR pun cakap macam kenal itu orang, maka aku menghampiri beliyau & bertegur sapa. Alhamdulillah, beliyau masih mengingati aku coz semasa tengok raut wajah aku yg baby face ni, beliyau tersenyum sumbing. Betul la beliyau ni kawan sekolej mase kt IIC dolu2.

Dah besapa dengan kawan lame tu, aku pun masuk CIMB, dapat aje angka giliran, terus tunggu nak wat payment. Dalam otak masih memikirkan samada nak wat payment alumni untuk setahun or seumo idop. Kalo setahun 15 rial je, leh bayo pakai cash, kalo seumo idop bayo 105 rial, boleh swipe debit card.

Bile turn aku kat kaunter, Onie sebelum aku coz dia tuko no giliran dengan aku (hampeh), hati ni dah nekad nak swipe RM105.00, sekali mamat teller ni leh tersenyum tersipu malu plop seraya berkata "Bang, system hank, kene restart jap". Maleh nak menunggu so aku pun wat cash payment berjumlah RM15.00 jer...

Kua bank je, kelibat Adzfar a.k.a. Fad tengah posing maut kat tenggiling beliyau bersame Ahmad Fauzi a.k.a. Poji, bajet cute la tu. Pas bersalam, berlaga pipi, berpeluk bagai (gimik je tu) kami meneruskan perjalan ke UUM.

Fad menjadi tour guide kami sepanjang di sane, memandangkan beliyau ni banglong kawasan, bile dah masuk kawasan uni tu, siap selambe je wat jalan tu macam beliyau yang sponsor tar jalan, langgar arah jalan sambil menyalahkan kenderaan lain yang mengikut arah dengan betul. Hampir pusing pale ni nak cari jalan bile tenggiling2 kami berpusing-pusing di sekitar kawasan konvo kelak. Akhirnya, dengan restu Ilahi kami bertemu la dengan Dewan Tan Sri Osman (if x silap) tempat pengambilan jubah.

Punye la crowd manusia berpusu-pusu nak amik angka giliran pengambilan jubah, lagi dahsyat dari Dataran Maybank kat Bangsar nun. Selambe je aku potong Q coz yang lain dah amik dulu tak tunggu aku, sekali tengok giliran, beza dengan yang sekarang, 200++, mencanang la nak tunggunye.

Demi mengelakkan reformis Duduk & Tunggu mengamuk, kami pun mule la bersembang gambang, termasuk la bersapa manje dengan geng2 yang lain, Fitri & Ehsan, yang memang datang nak amik jubah sendirian. Perbualan kami semakin larut sehingga tak sedar yang panggilan angka giliran semakin depa semakin hampir, beza aku punye dalam 10 orang la dengan depa.


Bile angka giliran Habsah a.k.a. Ecah nak kene panggil je, tetiba kaunter no tu senyap. Tengok jam dah kul 1.00pm... dem~ time petugas rehat. Punye la berbulu tunggu kan, sekali nak dekat dengan turn kami, kaunter leh plop tutup. Ntah ape rahmat Ilahi, tetiba ade petugas kat dalam panggil Ecah, untong la beliyau kan, x payah tunggu sejam macam aku & Onie.

Santai di kalangan bakal graduan berbangsa Cina (this is not a racism), punye la hamis bau depa ni, lagi2 yang big guy sebelah Onie, tengik habis bau, siap beliyau ni kipas2 lagi bau tu kat kami. fuhhhhh~

Sabar menanti, akhirnya kaunter dibuka jam 2ptg. Onie plop problem, x bawa slip payment konvo, dah kene caru Bendahari UUM untuk dapatkan pengesahan. 

Alhamdulillah, masa aku amik jubah, takde pape masalah berat yang timbul, hanya bertekak manje dengan petugas coz xnak bagi aku saiz S punye pasai. Aku redha & pasrah. Cik JR menanti di pintu kua ambilan jubah pasai xdop duit kecik nak beli beg konvo 5 rial, punye la berkire abang akak yg bertugas kat situ, x nak jual kat kami beg2 tersebut yang ade bermacam color, selonggok soploh rial. Kalo tak, leh wat koleksi beg2 tersebut kan dear (refer to Cik JR), sobs~


Dah selesai semua urusan, maka agenda kami diteruskan iaitu dengan melapangkan masa bersama, memandangkan amatlah susahnye pun bagi kami untuk ber-gather same, especially Back-Bunchers...

Trimas kepada kalian, Syahir Onie Fad & Pojie coz sudi lepak dengan aku lagi. See uolls soon on our convocation day OK.

Wednesday, September 26, 2012

SketchBookX app

Salam

actually apps ni dh lame aku install dalam taby capkukulalat, pasal aku banyak amik koleksi apps untuk mengedit gambo..

tapi apps ni bukan je untuk edit, malahnye pun boleh melukis, lalala


ha, camni la apps tu bile mule2 start masuk, teruja aku tengok...

pahtu mula la aku mengodek, melakar, mencoret segala aplikasi yang boleh digunakan dalam apps ni..tapi disebabkan aku ni tangan terlebih bedong, nak lukih sume keras je, tegak je, maka aku memutuskan untuk menggunakan apps ni sekadar mengedit gambo2 yang aku snap sendiri - bukan hasil d'load dari pokcik Google browser...

telah terhasilnya beberapa karya menerusi apps ini. memandangkan ianya masih di dalam tempoh percubaan untuk aku mengodek, makanyapun hasil karya tersebut takderla sehebat sifu2 Jejak Awan, Jengking Merah, dsb.

kopi-rait

disebabkan karya ini dibuat semasa ofis-hour, makanya pun hasilnya ala kadar je...
akan diperbaiki karya2 akan datang, untuk mengisi masa lapang aku, lalala!

Thursday, September 20, 2012

Umrah MURAH!

Salam Sejahtera!

Kali ni nak offer kat kalian pakej Umrah termurahnye pun!

HANYA RM3,999.00

Bagi kalian yang berminat sungguh nak wat Umrah
atau nak hadiahkan pakej ni pada ayahnda bonda kalian, 
atau nak tolong offer pakej ni pada ahli keluarga serta kawan2 kalian sekalipun, 
adalah di galakkan. 

Semudah-mudah jalan untuk berdakwah, semoga kita sama-sama mendapat keredhaan-Nya.

Pakej ini terbuka kepada semua umat Islam di Malaysia,
bermula pada bulan Mei 2013 & Jun 2013,
(Jan - April 2013 dah full, sambutan hangat sesangat)
so kalian mempunyai masa lagi untuk mengumpul duit untuk mengerjakan Umrah ini,
bagi yang betul-betul berminat, kalian boleh book seat dengan bayaran RM2,000.00 sebagai pendahuluan (a.k.a. deposit),
bayaran baki boleh dijelaskan sebulan sebelum tarikh berlepas,
tertakluk kepada terma & syarat.

*berminat boleh PM saya di talian 012-4584513 - whatsapp/sms


Gambar promosi, hanya boleh scan saiz A4, alamatnya terpotong di bahagian bawah oleh scanner, tidak disengajakan.

Some of you maybe tertanya-tanya kenapa pakej ni murah berbanding pakej Umrah di luar sane,
jika nak tahu bolehla bertanya,
takkan sesat kalo bertanya kan.

Tuesday, September 18, 2012

3 Days 2 Nights Promotion!



Ha! sape2 kaki merayap, jom join travel ni. 3 Hari 2 Malam RM470.00 ONLY!

Pakej termasuk:

  • 2 Malam Penginapan Hotel di Johor Bahru
  • Sarapan pagi
  • Perjalanan KL-JB-S'pore-KL
  • Universal Studio S'pore (dari pagi-petang)
  • Shopping di JPO
Sape2 yang berminat leh PM facebook: MFFarish Aiszen

TQ

Wednesday, September 12, 2012

TEKANAN!

lo ni saje nak share news yang baru kua kat newspaper Harian Metro, bertarikh harini 12 Sept 2012..

Kejadian ni berlaku kat tempat Bonda mengajar bakal pengajar sekolahan...dengan arti kata lainnya, pensyarah kepada bakal-bakal guru a.k.a. pendidik..

aku tau korang mesti malas punye nak belek surat kabo, kalo belek pun x kan perasan pun, so aku juz print screen news ni & share pada kalian...


Monday, September 3, 2012

EPL Pressure


kadang2 je aku update blog ni, almaklum la, bukan bahan utama aku nak kerjakan setiap hari...

DAMN~

these few weeks punye match wat aku trase hati la...trase nak UBAH HALUAN kepada sesuatu yang boleh melegakan hati bile menghadap TV beso layan bola ni...team yang sepatutnya aku follow (not a die-hard-fan) x bape cemerlang, since beberapa season yg lepas...

maybe for the next season aku akn sokong team yang lain...

WISH FOR A BETTER LIFE IN EPL FANNERS!

Wednesday, August 1, 2012

BAZAAR RAMADHAN MINI!


Jom pakat ramai2 p bazaar ni, kaki2 pi bazaar, cer la test tengok ape yg ade kat sane ye!

Monday, July 23, 2012

ma~Instag collection

2nd workplace...

"tourist" baru sampai Shah Alam

Kini boleh di dapati di Koop Shoppe

masak di rumah JB

Monday, July 2, 2012

25-Mei-2012 E-Day

tanggal 25 Mei 2012, majlis yg dijanjikan berlangsung di kediaman Pak Itam aku di Taman Medan PJ
Majlis pertunangan sepupu yang sebaya seusia dengan aku
serta pasangannya, tak kenal plop [huhuhu]

*maaf atas kelewatan, banyak projek kene siapkn...










Thursday, April 19, 2012

keBASAHan, bukan keABSAHan.

salam sejahtera ke atas kalian readers sekalian..

lately bumi KL dan PJ berada dalam keadaan sekejap kering sekejap basah. cuaca yang tak berapa penetuannya menyebabkan pergerakan aku agak terbatas untuk mengisi masa yang diperuntukkan, 24jam sehari, tujuh hari seminggu - minit dan seconds kire sendiri..

akibat/kesan dari perubahan cuaca yang tak menentu ini, pemanasan global serta cairan ais - bukan nama aku, bumi Malaysia turut rasainya, walaupun jauh dari kawasan Antartik. 

hari ni, akibat dari cuaca yang sejuk pada hening subuh, aku keterlewatan untuk ke tempat kerja. memandangkan sahabat aku MC - kononnya la, maka dengan tanpa segan silunya aku meminjam superbike beliau untuk ke tempat kerja. kelajuan maksima throttle dipulas menyebabkan aku sampai ke tempat kerja lebih cepat berbanding menggunakan khidmat transpot awam PUTRA LRT dari Taman Jaya (TJ) ke Abdullah Hukum (AH). perjalanan pagi itu ditemani hujan rintik-rintik serta laluan tar yang basah-basah kuku gitu.

- entry kali ni pasal perjalanan pergi dan pulang kerja sahaja..

petang tu, tepat jam enam, waktu yang sepatutnya aku balik, masa kerja dah habis, terpaksa di pospon sekejap, dandan je hujan turun kan. setelah mendapat persetujuan serta kebenaran Cik Naini, maka aku meneruskan perjalanan pulang walaupun keadaan cuaca kejap-kejap hujan.

berbekalkan sweater hijau Giordano pemberian beliau, maka aku teruskan perjalanan walaupun ditimpa hujan yang agak kebasahan - bukan keabsahan..

"Hujan itu rahmat, maka bersyukurlah.."

boleh tahan gak la keadaan kebasahan yang melanda diri, tak berbekalkan - bukan mangkuk tepen, baju hujan rider yang selalu pakai tu, sesampainya ke teratak sementara aku, bahagian depan tubuhku lencun kebasahan. so nice.......................
dari Taby Cap KukuLalat
p/s: perlu ke pakai baju hujan next time?

Monday, April 16, 2012

Fwenz Momentes - Sungai Gabai

Credits to Onie & Bob coz spent the time together, hiking the stairs of Sg Gabai waterfall with grace & excitement.. really enjoying the moment gengs!


sensored pix!


Maskulin model



BFF?

Stone Cold Steve Austin style~






next destination? let Him show us the path, lalala~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails