hampir sudah sebulan aku kerja kat Angsana, macam dah yang aku lalui...
sebelum balik tadi, mase lepak dengan saudara Mamat, beliau ade menyatakan bahawa beliau telah nampak peningkatan dalam kerjaya aku, hahaha... ceit podah la Mat!
sepanjang aku kerja kat sini, takder sape pun yang tau name penuh aku, hanya adik aku, Jambu & Alip jer yang tau name panggilan betul aku... betapa punya la aku cover name aku... yang lain2 hanya panggil aku dengan gelaran Mat@Bol@Mot, hahaha...
tragedi 25hb malam, iaitu Selasa malam, lepas aku balik kerja, macam biase kene bersiap untuk tournament badminton dengan budak2 Angsana... betting dengan WakMin open 10sen [bg sape yg paham la bape nilai sebenarnya...] regu bersama Jambu, namun ternyata persembahan pada malam itu tidak begitu baik... lost 10sen!!
o.t.w. balik tu, ade roadblox JPJ kt sebelah jalan nak masuk ke Perling, nasib le x terlibat kan... bile dah masuk jalan kampung tu, Mamat call Jambu, coz aku kene anta Jambu balik, memandangkan beliau xder transport untuk ke tournament malam ni tu... Mamat mengkhabarkan bahawa ade lg roadblox kt jalan depan.. aku sebenarnya x risau ape pun, sume clear, IC, lesen, roadtax sume lengkap... tp demi kepastian aku cek smule wallet cap kukulalat aku ni... ternyata sesuatu yg x kuduga... IC, lesen & roadtax xder... huhu... ntah mane tercicir... aku & Jambu berpatah smule ke sportcenter & call Mamat balik demi kepastian tentang roadblox tu... rupenye kt kampung tu xder... dengan nekadnya aku meneruskan perjalanan pulang, even Jambu ade lesen, namun hanya P sahaja yang beliau ade...
sesampainya di traffic lite dekat dengan Angsana, sekali lg Mamat call Jambu, beliau katekan yang lesen & sume benda alah yang aku tercicir tu, ade pade WakMin... ape punya badi la malam tu, huhu...
esoknya di Angsana, WakMin memulangkan sume hartaku tersebut... x lame lepas tu, bila aku lalu tempat keje beliau, dy menanyakan name aku, yang dy ingat 'Asyraf'... uh! xder pun kaitan name tersebut dengan name aku yang tertulis kat IC aku... hahaha... even semalaman hartaku tersebut berada di tangannya, namun beliau masih tak hengat name aku yang simple & cute-mute tu, hahaha...
tragedi 27hb, bersamaan hari Khamis malam Jumaat, hampir sebulan aku kerja kat Angsana ni, 1st time la aku mengalami pendarahan luka yang aku rasa amat teruk la, darah meleleh umpama sungai yang mengalir... even lepas dilalukan di bawah air paip, dengan segeranya air yang mengalir tersebut bertukar warna merah... dengan gaya professional aku cuba untuk tidak menunjukkan riak panik, dengan segera memanggil Mamat untuk cover kerja2 aku... bila Mamat menyedari ape yang berlaku, dy menyuruh aku untuk mengepam limau kasturi banyak2 supaya pendarahan berhenti... sambil aku melalukan jari manisku yang luka hampir menampakkan tulang dengan air paip, aku mengepam limau kasturi pada luka tersebut, dan ternyata kengiluan yang aku alami amatlah tinggi, sehinggakan aku terasa seperti mahu buang air kecil yang teramat... dahsat weh~
selepas tu aku meminta bantuan Mox untuk mendapatkan plaster, sambil berjalan, boleh la dilihat darah menitik di atas lantai yang telah di mop oleh Bai cleaner... lepas jer plaster pada luka tersebut, masih dapat dilihat darah yang mengalir keluar di sebalik plaster tersebut... seketika kemudian, ia berhenti menalir, dan mulalah terasa kebas sepanjang jari manisku yang comel ni, huhuhu
nangis?
mane ade, dah terbiasa merasakan darah mengalir pada belahan badanku... pengalaman di bedah di Hospital Sultanah Aminah JB, telah memberikan aku pengalaman merasai darah yang mengalir keluar dari belahan mane2 tubuhku, kui3...
sehinggakan kini, aku menaip nukilan pada malam ini, padahal luka tu baru jer maghrib tadi aku alami, kekebasan pada jari manis tangan kananku masih terasa... kenangan hampir sebulan aku bekerja di Angsana ni, mengalami pendarahan yang amat mengilukan...
sekian untuk ketika ini... salam~
1 comment:
takziah..sian jari manis yg tak brp manis tu.
hari yg hepy eh, even byk yg sadis2 hari tu.. terbaek la, tabah dan redha je..
wallet cap kukulalat pn dh de?mantap la, igt hp je..
senyum sokmo, jgn nangis2 =)
Post a Comment