Mereka yang Prihatin:

Monday, April 25, 2011

yang menjadi serabut tu...

bila dh dekat dengan submitting date assignment, barulah terkejar-kejar apa yang nk kene di buat, itu & ini... andai permasalah assignment itu sebenarnya tak di persetujui oleh pensyarah atau kite sendiri yang rasa x puas hati dengan assignment tu, mule la nk tukar tajuk, terkial-kial nak cari info...

damn!

benda ni ni berlaku kat aku sekarang ni, RESEARCH METHOD! 

kajian bebas yang akan dikendalikan oleh pelajar itu sendiri merupakan suatu topik yang agak mengelirukan. apa tak nya, kurang pemahaman mengenai apa yang perlu dilakukan dalam proposal itu sendiri menyebabkan aku sendiri tak faham apa yang aku nak wat dengan assigment yang akan aku hantar kejap LAGI!

keje gile, keje last minute, itu lah yang sering pelajar sendiri kerap lakukan...

ape perkaitan subjek ni dengan kerjaya yang akan aku lakukan kelak?? huhuhu


complicated sungguh...


ini sekadar gambar hiasan, andai aku sesempoi Usop Wilcha....

Saturday, April 9, 2011

words to be memorize

hari demi hari, usia kita semakin bertambah,
hari demi hari, waktu kita semakin bertambah,
hari demi hari, memori yang kita bina semakin bertambah,
hari demi hari, kenangan antara kita semakin bertambah,

hari demi hari, terlalu banyak yang ku fikirkan,
hari demi hari, tugasku semakin bertambah
hari demi hari, tanggungjawabku semakin berat,
hari demi hari, persoalan demi persoalan bermain difikiranku,

hari demi hari, aku dapat rasakan yang diriku telah membuat kesilapan, hari demi hari, aku dapat rasakan yang diriku sangat kejam,
hari demi hari, aku dapat rasakan terlalu banyak aku berbuat dosa, hari demi hari, aku dapat rasakan yang diriku ini sangat lemah,

mengapa?? kenapa?? sebab apa semua ini terjadi???
= semua ini terjadi ada sebabnya, 
semua ini terjadi ada hikmahnya,

tapi sampai bila????

hari demi hari, samakin sayang,
hari demi hari, samakin rindu,
hari demi hari, semakin sukar untuk aku melepaskan,
hari demi hari, semakin banyak persoalan yang aku inginkan jawapannya,

andainya kau tahu apa yang aku inginkan,
andainya aku tahu apa yang kau inginkan,
tapi sayang, 
sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui,

bila tiba waktu itu,
waktu yang aku nanti-nantikan,
kemungkinan aku kan terus berada di sisimu,
atau,
kemungkinan aku kan pergi....

bila tiba waktu itu,
aku terima jawapan darimu,
aku redha dengan jawapanmu,
aku pasrah dengan jawapan,

bila tiba waktu itu,
seandainya kau bukan milikku,
aku mendoakan kebahagianmu,
seandainya kau adalah milikku,
aku terima....

sesungguhnya, 
seandainya waktu itu tiba, sebelum ianya patut tiba,
terimalah...,
kerana kemungkinan,
aku tidak mampu lagi untuk menunggu tibanya waktu itu...

aku hanyalah insan yang lemah,
aku tidak mampu untuk berkongsi kasih,

maafkan diriku kerana diriku ini telah menyanyangimu dengan ikhlas hatiku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails