bertarikhnya 27th Nov, bersamaan dgn 10 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat, hari yg diberkati, hari raya haji disambut dengan serba kemurahan, kerendahan hati...
seawal sehening subuh meniti, abah kejut untuk solat subuh berjemaah di masjid Bandar Baru Uda. alhamdulillah, walau x penuh masjid, tapi syukur atas kehadiran mereka yang masih sedar untuk berjemaah sama, apalagi solat subuh, yang dikira agak sukar untuk kita bangkit & tunaikan berjemaah di masjid...
mahu saja lelapkan mata usai tiba di rumah, namun bonda seperti sediakalanya sibuk di dapur, memberi arahan kepada kami adik beradik lelaki, iron siap2 baju yang nk di pakai solat sunat Eid Adha nanti...
aduh...
baju ape yg nk dipakai ni? ade beberapa pilihan, dan pilihan hati adelah baju Melayu yg paling latest sekali, kenapa? hahaha... coz baju ni x payah di iron... memudahkan kerja... so aku mengambil keputsan untuk mengadap laptop, meng'edit pics yang dah mula melambak dalam external hardisk & menyebabkan kapasiti dalaman menjadi berat atas sebab oversizing file...
ah...
kerja yang nampak mudah tapi melecehkan, nak kene resize pics yang melambak tu menyebabkan mata aku kian berat menatap laptop...
kian lame dirasai, rupanya dah nak jam 8 pagi. aku turun mencari abah, rupanya abah dah ke masjid awal lagi. aiseh... pehal la depa ni x habaq awal2...
pe lagi, terus berlari masuk toilet, mandi sewanginye (chewah)... bersiap dengan wangian yang nipis, adjust rambut yang panjang belakang ni...
cari songkok kok x jumpe!!! huhuhu... nasib la mase nk ke masjid tu bonda still kat dapur, kalo ade kat depan tadi, habislah kene ngomel pi sembahyang x pakai songkok, huhuhu...
alhamdulillah...
selesai solat sunat Eid Adha, kami sekeluarga makan bersama pe yang telah bonda siapkan sejak subuh lagi... sedap woah!!!
itulah keindahan Eid Adha bersama keluarga... bukan niat untuk membuat teman2 yang berada jauh dengan family ketika Eid Adha ni, sekadar ingin berkongsi cerita sahaja...
semoga di lembaran ini akan membawa seribu makna & pengorbanan yang tidak ternilai kepada kita semua untuk memperbaiki diri kita lagi sebagai seorang muslim yang yakin akan ketentuan Ilahi... insya-Allah...
No comments:
Post a Comment