Mereka yang Prihatin:

Wednesday, July 1, 2009

j-QAF camping

salam sejahtera kepada sahabat sekalian alam, moga2 dlm lindungan & rahmat Ilahi... nampaknya dah lama aku x update blog, huhuhu... ini adalah disebabkan laptop yg dah mula wat prob, huhuhu... terpaksa pinjam laptop Bonda...

ok, minggu lepas, bertarikh 22hb June, aku join camping j-QAF under Institusi Perguruan Temenggong Ibrahim, IPTI JB, selama 4 hari, sehingga 25hb June...

ape yg dimaksudkan dgn j-QAF? seperti yg diberitau oleh Bonda, j-QAF ni adalah gabungan daripada Jawi, Quran, Agama & Fardu Ain... so kesemua peserta j-QAF ni adalah guru2 baru iaitu bakal2 jadi ustaz & ustazah... tambahan lagi, hanya di JOHOR sahaja yg ada j-QAF... ape kes negeri2 len? huhuhu... sama2 la kiter PK ye...

hari pertama iaitu Isnin tengahari sampai ke Resang Indah Chalet yg terletak di Tanjung Resang di Mersing. tempat ni best, ada kawasan lapang untuk camping + chalet yg disediakan. yg lagi best ialah owner chalet ni ade kucing comey, nick Tom, hahaha... gebu seh...

sampai je para ustaz & ustazah diberi ceramah oleh En. Muz, salah seorang pensyarah IPTI lepas lunch, aku x join, malas, xder kaitan, hahaha... so aku mula merayap di kawasan pantai & sewaktu dengannya, tapi dlm tajuk ni, aku x sertakan pics single view, just pics yg ada kaitan dengan para peserta j-QAF sahaja...

so, mari kita ushar2 pics sekitar j-QAF camping nih:

(click pics to view full mode)


pics diatas adalah pada hari ke-2 camping ni, bagi group 1 2 & 3, latihan yg diberikan ialah yg berunsurkan air except tanam member ye, hahaha... seronok tengok ustaz2 & ustazah2 tersebut x ubah macam kanak2 riang, hahaha...

aku join latihan ni, syok beb dah pandai baring timbul atas permukaan air, even tertelan bergelen air masin, huhuhu...

En. Muz & beberapa pensyarah yg handle part ni suggest campak kitorang tengah laut, tapi berlaku satu musibah masa En. Manap panaskan enjin bot, enjin tersebut jatuh dalam laut, huhuhu... nasib r dapat diselamatkan enjin tersebut...

group 4 5 & 6 masa ni tengah jungle trecking, aku x join coz syok main air, hahaha... walaupun hari panas terik, namun syok main air x membataskan pergerakan kami di tepian pantai... aku? sun burn, kulit makin gelap, huhuhu...

pics dibawah masa hari ke-3, aku join jungle trecking, ushar2 la pics ye...

let's go!

aksi2 diatas berlaku sepanjang jungle tracking ke air terjun mini kat area tu, if korang ada ke sana, tanya la orang kampung kat mane air terjun tu coz x ramai yg tau...

sampai kat air terjun tu, peserta diminta mendirikan kemah & masak tengahari ala2 Wild Chef, hahaha... masak ala kadar, dipersembahkan untuk diadili oleh pengiring (pensyarah), aku just cuci mata je, then makan, hahaha...

lepas makan kitorang gerak balik coz hari sudah mendung...

sesampai di chalet, nampak kelibat peserta group 4 5 & 6 tengah tersadai di tepian pantai, tu tandanya dorang baru nek darat lepas kene campak tengah laut, hohoho...

excited tengok dorang coz ade lagi yg tengah menguak lentang, kuak kupu2 untuk sampai ke tepian...

tiba2! En. Muz beri arahan pada group 1 2 & 3 yg baru sampai dari jungle tracking untuk amik life jacket, get ready to be drop on the middle of the sea, huhuhu...

aku pun tergedik-gedik amik life jacket semalam yg aku guna, gerimis mengundang tapi aku x kire, nak gak terjun tengah laut, hohoho...

fun time!!!

dah naik bot, aku x leh la bawa cam aku, huhuhu... x dapat r korang tengok pics aku wat kuak lentang & kupu2, hohoho...

aku naik bot yg ke-2, best woah! kelajuan bot membelah ombak menuju ke tengah lautan. dah sampai tu, En. Manap suwo terjun & berenang sampai ke darat, hohoho... seronok beb!

dekat 1/2 jam berenang, akhirnya kaki aku dah leh jejak tanah, x puas! ape lagi, nampak En. Manap nak anta group last, aku pun mengofer diri nak join lagi sekali, ustazah Ayu pun x puas gak, turut join yg last nih, hahaha!!!

sampai tengah laut, ape lagi, terjun r! kali ni aku membiarkan diriku dihanyutkan ke tepian, saje nak berlame-lame dalam air, hahaha...

dah puas berenang, naik darat, mandi2 & solat, pastu tido! zZ..Z..Z..zz..

malam tu malam penutup, ada sketsa oleh setiap kumpulan peserta, meriah weh! tema, filem2 Tan Sri P. Ramle...

hahaha, memang lawak r sketsa dorang nih! kene cungkil bakat dorang nih! walaupun berkopiah & bertudung labuh, bakat berlakon dorang memang gempak, best giler, hohoho...

esoknya, pagi2 lepas solat & tazkirah, dorang dah kumpul seperti pagi2 sebelumnya, senaman dulu, cian pagi2 dah kene jog sepanjang pantai, huhuhu... aku x join, cuci lensa camera je, snap pic dorang, hahaha...

so ini lah antara wajah2 ustaz & ustazah yg menyertai camping kali ini. semoga kalian menjadi guru yg disanjung oleh negara, insyaAllah...

program camping kali ini diketuai oleh Camp Commandant Pn. Hajah Rosnah Hj. A. Rajak, sape lagi kalo bukan Bonda, hohoho... big clap 4 my Mom!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails