Mereka yang Prihatin:

Monday, June 8, 2009

pesanan seorang bibik

perkenalanku dengan sorang bibik yg baik hati di cafe member aku,
walaupun jap je dapat berbual dengan beliau,
namun
macam2 cerita yg sempat kami kongsikan...

di penghujung jam cafe ni buka (dah nak tutup la),
sempat la beliau mengingatkan beberapa perkara,
especially related to life ethics...
antaranya:

1. jangan meninggalkan solat walau dalam apa jua keadaan sekalipun,
terutamanya lelaki,
bagi perempuan mestilah ada excuse...

2. bawa motor jangan kencang sangat...
ni beliau remind kat aku,
coz selalu nampak aku ride motor macam dalam cite Nitro Circus,
huhuhu...

3. jika ingin menasihati seseorang,
hendaklah dilakukan ditempat yg tak nampak dek orang ramai,
dalam rumah di galakkan,
kenapa?
coz demi menjaga air muka orang tersebut
& mengelakkan orang lain pikir lain tentang seseorang itu.
lakukannya secara berhemah & penuh sabar,
jangan tengking atau tinggi suara
kerana itu bukan menasihati tetapi amarah syaitan.

sama juga bila kita sudah mendirikan rumahtangga
& memiliki cahaya mata,
hendaklah menasihati anak2 tersebut dengan baik,
cakap dengan lemah lembut,
jika tinggi suara akan didengari orang luar,
akan menjatuhkan air muka anak2 tersebut,
menjadikan mereka malu untuk berhadapan dengan masyarakat.

bayangkan jika kita di tempat tersebut,
bayangkan...
jika ibu atau ayah kita memarahi kita walau sekecil khilaf yg dilakukan,
walau dimarahi di dalam rumah,
mesti kita merasa ada jiran2 yg dengar akan amarah tersebut,
kita jadi malu dengan jiran2 kita,
natijahnya kita takut untuk bertegur sapa dengan jiran tersebut,
bayangkan...

ada banyak yg bibik tu remind kat aku,
dan ini adalah antara apa yg terkesan ke dalam hati...
maka,
sebagai teman kalian aku kongsikan bersama...

3 comments:

haMizAhmad said...

betul ke bibik ke seseorang yg hadir n pergi untuk mengingatkan kite..
miza penah alami..
bile toleh die hilang..

SUARA 8 said...

Farish...ada bisnes baik.STEVICO menalu-alukan anda

Unknown said...

hohoho

dik oi...

ni bibik betul le...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails