p/s: entry ni panjang sikit dari biase, bese la, jarang balik rumah..
setelah hampir 2 bulan tak balik JB, aku amik keputusan untuk pulang jap, menjenguk keluarga terchenta kat kampung.. dan juga sebab ade majlis doa selamat untuk kakak serta abang ipar aku yang nikah pada Oktober yang lalu, serta bayi dalam kandungan kakak aku yang dah nak limo bulan - bakal jadi pok ude le aku nanti, hehehe...
disebabkan malas nak amik cuti (malas nak kurangkan elaun, huhu) so aku plan balik wekend saje pun..
pagi Sabtu yang lalu, aku bersama Ijat, adik aku yang baaru sampai dari Bangi, bergerak ke TBS di sertai hujan rintik-rintik gitu.. dengan menggunakan transport awam LRT PUTRA then ERL KLIA, kami sampai ke TBS tak sampai setengah jam pun..
alhamdulillah, ade banyak lagi tiket bus pagi, so kami amik bus express yang seawal mungkin, disebabkan oleh arahan Bonda suwo kami sampai kampung secepat mungkin, (huhuhu).. pilihan yang ade, ke Kluang ialah Transnasional, kire boleh la, dah familiar kan dengan bus cap KTB (Konsortium Transnasional Berhad) ni kan..
|
KTB - gambar hiasan |
paiseh~ bus cap KTB ni sejuk, ditambah pule hujan, aku plop x bawak cardigan, sobs~
nasib le penutup air-cond tu dalam keadaan baik, so aku tutup je la econ kan, Ijat kat sebelah pun dah pakai sweater cap Adidas.. bile dah sejuk-sejuk kuku tu, mule la pale ni naik penim-penim lalat.. maka, bermulalah perjalanan balik kampung aku dan bermulalah mata aku ni pejam, nak tahan penim punye pasal...
celik-celik je dah sampai Air hitam /
Ayer Hitam punye hiway.. exit je dari tol, aku & Ijat terus lompat kua dari bus, memandangkan pakcik bus bawa perlahan je sambil buka pintu tersebut seluas yang mungkin.. alhamdulillah, lompatan menjadi, terus masuk dalam teksi luar bandar yang color warna biru muda milik Uncle Cina yang asik ngomel dalam bahasa Cina..
CamAram je kami tak paham beliau ni cakap cina, memandangkan sebelah beliau ade kawan yang berbangsa cina juga, asik mereka ni berborak...
sampai je pekan Ayer Hitam, kami pun berjalan sambil menghembus udara putih di tepian jalan, sambil menanti ketibaan Ayahnda Bonda terchenta..
hampir setengah jam gak, hembusan udara putih pun dah habis, kembali kepada udara normal, barulah kelibat tenggiling Rush milik keluarga kami, dengan nombor pendaftaran 8448 (maksud dlm bahasa cina "Kaya pergi pergi kaya..").. kelihatan kelibat 2 susuk tubuh di bahagian belakang tenggiling Rush kami tu, salah satu tu cam kenal, lagi satu tu tak kenal - selain Ayahnda Bonda yang dok kat seat depan la...
owh! upernye adik bongsu aku Amin Saufi bersama kawannye... eh jap! apesal kawan dy ni ade sekali? muke macam familiar je, cam penah tengok sebelom ni...
dah masuk dalam tenggiling Rush tu, baru aku tanya sape name beliau ni, yang hanya mahu dikenali sebagai RIL.. ceh! semunyi-semunyi name plop, bajet glamer le tu... maka aku pun tanya beliau ni, besday sebelum or selepas Amin punye besday, beliau cakap sebelum Amin punye besday...
"Ha! kire ko ni abang Amin la ea.. name ko mesti Fakril kan!" kataku seraya mengingati nama abangku & aku yang ade Fakrul di dalam IC kami, hahaha...
kami sekalian di dalam tenggiling Rush tergelak geletek di buatnya..
akibat dari tak bape mengenali aku yang tak bape femes ni, Ril asik tersipu-sipu malu je, ngalahkan anak dara suntiwarjono... nak aje aku sepak-sepak muka beliau tu dengan kasut Converse SE aku yang x basuh tapaknya...
sebelum kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami, kebun terchenta, kami berhenti rehat untuk lunch di tepian jalan, warong Mak Esah kat Kawasan Perumahan Sri Machap - aku tak tau pun ape name makcik owner kedai makan tu, sebat je la panggil Mak Esah... yang peliknye, beliau (Mak Esah) serta chef-chef yang ade kat dapur tu kenal Bonda & Ayahnda, panggil "Cikgu... Cikgu..." kire glamer gak la kan parents aku ni, dah la comel-comel belaka parents aku ni, memang bekas cikgu-cikgu plop tu kan...
kami pun menikmati hidangan panas - nasi berlauk, di tempat yang agak panas, dengan air tey O limau panas yang aku order, segalanya serba panas... dengan lahapnya kami makan dimulai dengan bacaan basmallah serta doa makan yang diimami Ayahnda, sedap sungguh masakan Mak Esah - apsal aku asik panggil beliau dengan name tu pun aku x tau, walaupun masakan beliau ni simple-simple belaka...
usai menikmati lunch, selepas membuat pembayaran dengan swipe debit kad - canggih sungguh warong Mak Esah ni, kami pun menyambung perjalanan ke teratak kechil di kebun kami...
sesampainya kat teratak tu, banyak dah yang diusahakan semenjak kali terakhir aku mai jenguk kebun empat bulan yang lampau.. pohon-pohon cili yang diusahakan untuk jualan pasaran terbuka, untuk diekspot ke seberang lautan, sudah pun berganti benih yang baru, pohon yang lame yang berada dalam polybeg telah dipindahkan ke tanah lapangan... pelik sungguh, nape pohon-pohon cili ni tak diusik oleh babi hutan even dah ditanam di luar pagar ye? depa-depa ni tak minat ke makan cili? hurmm... musykil aku dibuatnye...
sepetang bersama family di kebun, dalam usaha persiapan untuk ke majlis kenduri arwah & doa selamat keluarga suami kepada kakakku yang kini hampir sarat akibat berbadan dua, kami meneruskan perjalanan ke umah Mak Andak di Kampung Paya, berdekatan dengan exit tol Simpang Renggam, kerana beliau juga turut diundang ke majlis tu sebagai penyeri majlis, kuikuikui... di rumah Mak Andak, pohon-pohon buah naga milik Ayahnda yang berbuah masak ranum, kami petiknya with bare hand, tak heran pun dengan duri-duri pohon tersebut..
usai maghrib, kami bertolak ke Yong Peng, ke rumah milik keluarga kepada suami kakak aku, majlis yang di janjikan akan bermula lepas isya'.. perjalanan yang mengambil masa lebih kurang setengah jam tidak dibazirkan dengan 'tidoq' belaka, kami berborak membasahkan gusi masing-masing, diiringi lagu-lagu nasyid canel ikim.fm je..
maka, destinasi telah pun sampai kepada kami - lalala... kedatangan kami disambut meriah dengan jambangan bunga ala-ala Hawaiian gitu, oleh Mohd Aimi dan Aimi Aqilah, sepasang suami isteri yang telah sah diijab kabulkan pada Oktober 2011 yang lalu...
|
Mohd Aimi & Aimi Aqilah |
majlis yang dilaksanakan di dua buah rumah yang berhadapan, sebuah rumah untuk tamu laki & lagi se untuk tamu perempuan, yang diantara rumah-rumah tersebut didirikan sebuah kanopi untuk hidangan makanan ala buffet.. seraya tok imam sampai, maka majlis untuk tamu laki pun dimulakan.. majlis untuk tamu perempuan tak tau la dah mula sekali atau tak, almaklum la kami khusyuk mentelaah surah Yaasin...
usai majlis, kami pun berduyun mengerumuni kanopi untuk mengambil makanan, umpama penduduk Acheh mengambil bantuan makanan semasa tsunami yang lalu, peyot masing-masing dah mendendangkan lagu Ghazal Untuk Rabiah yang suatu masa dulu agak feymes gak la tajuk lagu tersebut.. hidangan yang aku cari, SATE! makanan lain aku tak pandang pun, yang penting kaut dulu sate yang ade, hahaha - aku suke sate, so?
demi mengkaber line, tamu dok ushar aku makan sate je, aku pun amik la sepinggan nasi minyak beserta lauk daging.. makaih, leh tahan la nasi minyak ni, walaupun aku takde rase ape-ape minyak yang digunakan untuk menggoreng, makan aku menghabiskan sepinggan je, selebihnya aku menelan sate yang berbatang-batang yang diambil sementa tadi...
pelik sungguh, majlis tamu wanita tak habis lagi? ape gosip yang mereka-mereka bincangkan? hal perihalan wanita? bia la, walaupun ade diantara tamu wanita yang asik melihat tamu laki membantai lauk yang terhidang, giliran deme akan tiba sementa je lagi, lepas majlis 'gosip' deme habis nanti...
hampir jam soploh malam baru la majlis wanita tamat, mase tu tmau laki dah banyak yang blah pun, peyot masing-masing dah boyoi kan, perabih lauk dulu, termasuk la aku yang tak henti mengunyah sate ayam yang bercucuk banyaknye..
sambil menunggu tamu wanita menjamu selera, diantara deme terdirinya Bonda & Mak Andak, kami lepak-ing mengusap-ngusap peyot masing-masing yang membulat lalu.. nak mengambil udara putih tapi keadaan tak bape mengizinkan, almaklum lah, keramaian orang kan, takkan nak wat onar plop...
penantian yang menyebabkan ade antara kami yang mule kuyu je matanya, bersantaian di kerusi rehat menyebabkan mata aku tertutup sementa, melayan kerenah mata yang manje ni... hampir jam seblas malam, baru la kami sefamili bergerak pulang, selepas melepaskan kata-kata semangat kepada pasangan pengantin, especially kakak aku Aqilah yang dah mule membulat peyotnye, bukan akibat terlebey makan, tapi disebabkan Darwish - bakal bayi penyambung ummah yang akan lahir tak lame lagi, supaya deme ni pandai le jaga diri bile berjauhan dengan famili - padahal kat KL je...
perjelanan pulang dari yong peng ke teratak Mak Andak terasa amat la Sedetik Lebih, sebab aku dah melayang ke Awan Nano sendirian masa dalam tenggiling Rush, sungguh terganggu lamunan ku yang tak tau ape motifnya, dikejutkan oleh deme-deme yang amat la aku sayangi.. masuk je ke dalam teratak, mata aku terus dihidangkan dengan tayangan Lawak Ke Der, bukan tayangan lucah yang meng-Datin Gairiah-kan, terus aje jadi segar, sambil tergelak sakan tak hengat pape, selain lawak-lawak oleh Nabil-licious, Jozan & Harith Iskandar yang mengkelakokan - kelako la awak ni... tanpa disedari aku terus melelapkan mata dalam keadaan ketawa, hahaha...
|
sekadar gambar hiasan - beliyau meme comey |
The Next Day
dikejutkan oleh naluri keibu-bapaan Ayahnda Bonda terchenta "Bangun.. bangun.. subuh jemaah..." lame dah aku tak jemaah subuh.. usai solat, aku keluar berlegar di halaman teratak Mak Andak, akibat ditegah oleh Bonda seraya jangan sambung tido lepas subuh.. melihatkan tanaman buah naga yang dah naik semak, aku redahi mendekati pohon cemara - actually pokok mangga, disebabkan oleh buahan mangga yang dah mula membeso, sambil otak ligat memikirkan 'sempat ke aku makan buah ni?' - tak tau lagi bile nak balik sini, huhu..
jeritan memanggil namaku seraya masuk ke teratak untuk menikmati sarap yang dihidangkan oleh Bonda n Mak Andak, usai mencuci muka + gosok gigi, aku pun bersimpuh ayu di atas kerusi makan, lalala..
wow! sarap pagi ni nasi minyak la! agak berat menu tu.. ni mesti lauk-pauk dari majlis keramaian malam tadi, yang dihangatkan dengan kaedah double-boiler, hangat terasa.. nikmatnye hidangan pagi ni.. makan sampai kenyang coz lepas ni nak memburu plop..
dah siap sarap, dah mandi ala kadar, maka bermulalah perjalanan kami ke teratak kebun yang semalam kami singgah, sesampainya aku dari KL..
meme betoi, sampai-sampai je, kelihatan seko beso + dueko kecik babi hutan berlari-lari anak ke-happy-an di belakang kebun.. maka bermulalah aksi memburu kami - with Ijat, mengejo sekalian babi hutan tersebut supaya keluarlah dikau! nyah kau dari sini! dari kebun kami..
pelik bin ajaibon sungguh deme ni, kebun dah berpagar, cerok mane la deme ni masuk, hurmm...
berkelilingan kebun cuba mengesan ruang mane deme ni masuk, di penghujung kebun kedengaran seperti sesuatu menghentam pagar berzink.. lantaran, aku pun memekik seraya berlari Watson Nyambek ke arah bunyian tersebut.. sampai-sampai je, xder plop nate tu.. hanya kelihatan keadaan zink kemek akibat sondolan nate tersebut..
kerja harian di kebun diteruskan, membersih & membakar rumputan dan dedaunan yang gugur, sehingga ke tengahari, sambil menunggu pasangan Mr. & Ms. Aimi mai untuk pulang ke KL naik tenggiling hijau 8522 milik kakakku.. selepas menikmati hidangan lunch yang disediakan bersama, menikmati buahan kebun kami serta tembikai yang beso gabak, lagi beso dari biase, kami pun mendirikan solat jama' & qasar berjemaah..
|
ini la tembikai beso gabak, lagi beso dari kepala Amin |
hampir jam dua petang, kelibat pasangan tu pun sampai, dengan tersimpul sengihan, mereka cakap jem kat hiway - padahal ikut jalan lame je.. persiapan untuk pulang ke KL kami berempat - Mr & Ms Aimi, aku & Ijat, dan ke JB - parents and Amin with Ariel (Fakril), selepas bersalam berpeluk bercium pipi and dahi Bonda Ayahnda, kami pun beredar dari kebun kesayangan..
perjalanan ke Yong Peng terhenti di tepian jalan selepas melintasi tol Machap, pasangan Aimis (plural, not single anymore) mahu membeli ubi kayu, almaklum la kami kan ore kampung, di kedai yang dikendali oleh 3 gadis pingitan.. pasangan Aimis turun membelek ubi kayu, sementara aku dan Ijat menanti di dalam tenggiling hijau 8522..
terhenti lamunan seketika........................................................ mane taby cap kukulalat?????????????
OMG!
terus aku melompat keluar dari tenggiling hijauan 8522 ke but belakang, menyingkap begpax deuter futura 32 kesayangan, mencari taby cap kukulalat...
XDE!
huhu.. capai Xpress Music merahku terus mendail bimbitan Bonda.. "Ade nampak taby?" tanyaku.. "Xde pun, tinggal kat kebun ke?" jawab Bonda seraya bertanya pada Amin.. "Atas muto kot, kan tadi letak atas tu, lepas main game" Amin cakap.. sobs~
dengan arahan keras lagi menggoda, aku meminta abang iparku untuk gostan ke kebun, semata kerana taby cap kukulalat tu.. selepas pembiayaan ubi kayu di bayar, kami pun sepantas kilat kembali ke teratak kebun..
"Oh TABY.................."
selamat taby aku dok diam je atas muto di anjung teratak, takde sape pun usik, even ayam-ayam kampung milik Ayahnda serta Monyetnyet (beliyau seeko kucing ok...) berkeliaran di laman dan tidur di kerusi panjang di hadapan teratak..
maka perjalanan pulang disambung semula, singgah dulu ke pekan Ayer Hitam, memborong sekalian kerepeks keropoks yang sedap lagi menyelerakan dan terus ke rumah keluarga Mohd Aimi, abang iparku..
bersantaian dahulu dan berborakan dengan Ibu & Ayah, mertua kakakku, sementara menunggu maghrib, baru kami mulakan perjalanan balik ke Kolumpo..
selepas menganto Ijat ke rumahnya di Bandar Baru Bangi, hampir jam doblas malam baru aku sampai ke Taman Jaya PJ, selepas melalui tragedi kejo-mengejo dengan mamats kerek naik tenggiling satria biru, yang mengangkat simbol jari tengah kepada abang iparku selepas tol Sg Besi, dengan berangnye Mr Aimi menekan pedal minyak tenggiling hijo 8522 sambil menge-beam mamats tersebut, tanda tidak berpuas perasaan.. nasib la kami kene masuk lorong hala ke PJ, kalo tak sure mamats tu lebam-lebam muka deme akibat kepanas-baraan abe iparku..
sesampainya kamar utama 27E, hidangan tilam empok, bantal keras dan bantal bucuk merah pemberian cik Naini, aku pun melenakan diri, assalamualaikum Bonda assalamualaikum Ayahnnda, bismikallah humma ahya wa amut.. zzzzzZZZZzzzzz